Friday, 9 November 2012

I love my mum...

tadi dengar ceramah motivasi yang mengusik jiwa nina,rasa sedih, insaf dan kudusnya diri ini...cerita tentang anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa, anak-anak yang lahir tidak sah taraf dan meneruskan hidup di rumah anak-anak yatim.Rasa bersyukur nina masih punya ibu dan suami serta anak-anak yang sedang membesar.Terharu dan sedih mengingatkan arwah ayah yang sudah 6 tahun meninggalkan kami dan bila teringat pengorbanan ayah membesarkan kami 5 beradik, nina jadi sangat- sangat sedih dan nina sentiasa berdoa agar Allah menempatkan arwah ayah bersama dengan orang-orang yang soleh.Aminn..., kini nina masih ada mak tp jauh nun di utara, tapi syukur pada Allah kerana along, angah, adik nasrul ada di sisi mak menemaninya menghitung hari-hari tuanya..Marilah sama-sama kita gunakan masa yang ada ini untuk mengembirakan hati mak dan berbakti serta berbuat baiklah pada mak kita, jangan lukai hatinya, sentiasa berdoa agar mak sentiasa di beri hidayah dan dilindungi oleh Allah swt pada setiap ibadahnya, tutur katanya, perlakuan dan rezekinya....Jangan sia-siakan masa yang ada ini..wahai kakak-kakakku, adik-adikku......seperti cerita Uwais Qarni yang hidupnya dihabiskan dengan menjaga dan melindungi ibunya yang buta, lumpuh dan tua. Beliau Terlalu taat pada ibunya, menyuap ibunya ketika makan dan segalanya untuk ibunya.Seorang pemuda yang miskin dan bekerja mengambil upah mengembala kambing. Seorang pemuda dan berpenyakit kudis dan sopak di seluruh tubuh. Dia sentiasa berusaha dan cuba memenuhi hajat ibunya untuk mengerjakan haji di Mekah. Pada suatu hari Uwais Qarni telah membela seekor lembu dan memelihara serta mendukung anak lembu itu berulang alik ke rumahnya sehingga diketawakan oleh orang kampung dan dikatakan gila kerana anak lembu itu boleh ditarik dengan tali tanpa perlu mendukungnya.Tanpa mempedulikan kata-kata orang, Umais Qarni tetap dengan caranya sehinggalah dia menyatakan kepada ibunya untuk membawa ibunya ke Mekah. bertanya ibunya kepada Uwais Qarni, kamu ada duit ke untuk membawanya ke Mekah, jawab Uwais Qarni, saya tidak ada wang ibu....cuma saya akan menunaikan hajat ibu...Uwais mendukung ibunya sepertimana dia mendukung anak lembu tersebut serta membawa barang-barang di belakangnya dan berjalan menuju ke Mekah dari Yaman dan mengambil masa berbulan-bulan. Di Mekah dan di hadapan Kaabah beliau berdoa pada Allah swt supaya ibunya dimasukkan ke Syurga. setelah pulang ke Yaman, ibunya bertanya tentang doa Uwais semasa di Mekah, lalu beliau menyatakan tentang doanya untuk ibunya. lalu ibunya bertanya apa doa kamu untuk diri kamu, lalu beliau menjawab tidak ada tapi semuanya untuk ibunya. Lalu ibunya menyuruhnya pergi semula ke Mekah untuk berdoa untuk dirinya sendiri dan memohon agar Allah menyembuhkan penyakitnya, disebabkan taat akan perintah ibunya beliau meminta tolong jiran untuk membantu melihat keadaan ibunya untuk beliau ke Mekah. Di hadapan Kaabah, beliau berdoa supaya Allah swt menyembuhkan penyakitnya tetapi tidak kesemuanya maka penyakitnya masih ada di bahagian belakang leher,Rasulullah S.A.W pernah menyuruh Saidina Ali r.a supaya berjumpa Uwais Qarni iaitu pemuda yang berkudis dan sopak di seluruh tubuh supaya berdoa untuknya agar diampunkan dosanya dan dimasukkan ke syurga. Maka Saidina Ali r.a mencari pemuda yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w tetapi tidak berjumpa kerana penyakitnya telah baik, tetapi ditakdirkan juga saidina Ali ternampak seorang pemuda yang berkudis di leher lalu memegang tangan dan bertanya gerangannya, maka betullah pemuda itu yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w, lalu saidina Ali r.a pun menyatakan hajatnya kepada Uwais Qarni.Betapa Allah swt menyanjung dan mengangkat darjat individu yang taat dan berbuat baik kepada ibunya seperti yang dilakukan oleh Uwais Qarni. Hajat Uwais untuk pergi berperang juga dihalang oleh Rasulullah S.A.W kerana Baginda menyarankan agar Uwais menjaga ibunya kerana pahala menjaga dan mentaati ibu sama dengan pahala jika dia pergi berperang. Sama-sama kita insafi diri kita dan jadikan kisah ini sebagai motivasi untuk kita menyayangi dan berbakti pada ibu kita....nina sayang mak....

No comments:

Post a Comment