Sunday, 9 December 2012
MAID oh MAID
Lama dah nina tak create something ..tak de mood...nak balik kg tak sabar rasanys sbb dah lama tak balik.tup tup bibik buat hal yg nina tak suka,dah repeat byk kali setiap mistake tu jgn diulang-ulang,tp buat perangai lg nk tarik perhatian dan nk uji tahap caring kita kt dia.huh letih...malas nak citer pasal maid ni,mcm2 dah nina rasa dan dah dekat sepuluh kes,takkan nak simpan lg bila buat kes.Nina pun manusia biasa, sabar pun ada limit juga.Hanya nina dan hubby je yg tahu dan rasa,orang lain mungkin tak rasa sekadar tengok dan nilai dalam sehari dua jer..hubby settle hantar balik indon.sapa suka berhabis duit begitu je..asyik keluar duit je untuk kos maid.Kadang2 rasa serik juga tapi Nina sentiasa berharap dan yakin semua tu dugaan dan ALLAH duga mungkin untuk beri yang terbaik selepas ni.Nina hari2 explore kt internet cari agen agar dpt maid segera.kos dan tak kira asal tak lebih dari 13 ribu.rugi jangan tanya dah byk nina rugi utk kos maid ni...nina terima dugaan tu dan selalu cakap dengan hubby ALLAH byk duga kita dengan masalah ini, tp syukur kami masih mampu hadapi dugaan ini.Nina yakin ALLAH sayang dan tahu kemampuan hambanya setakst mana hambaNya dalam setiap dugaan.Sekarang ada maid baru dari Medan,deal pun whatsapp je dgn agen.Alhamdulillah dapat dan ambil di Gombak.Nampak ok tp perlu berhati-hati.Aduh....satu malam je, esok minta di hantar pulang ke Indon alasan susah hati dan risau.tolong......tensionnyer nina dan hubby,hubby pun dah seminggu terganggu kerjanya,nasib nina cuti lg.Esok bangun tengok dia bersemangat je bekerja,maybe malam tadi agennya call "talk something" maybe...Harap-harap yang ini tak buat perangai pelik2 lg atau timbulkan masalah lagi.Letih...letih sangatttttt.Ya ALLAH...tolong lah Aku dan lindungilah anak-anakku.Engkau yang lebih mengetahui segalanya dan Maha penyayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment