Saturday, 29 December 2012

AURA MAYA MANTAINANCE SET

Kali ni Nina nak share dengan you all tentang "Skin Care Set" yang Nina guna.So far alhamdulillah, Nina rasa selesa dan berkesan.Nina pun nak share dengan you all tentang produk ni.Bila umur kita dah semakin meningkat dan ditambah lagi dgn environment yg kurang bersih dengan kesan pancaran matahari,debu-debu dan macam2 lg,so kita kena jaga wajah kita supaya tak nampak kusam atau bercapuk-capuk.Nina yakin kita semua punyai tekstur wajah yang menarik sebenarnya tp cara kita jaga muka kita tu kadang2 buat wajah kita jadi tak menarik.Kalau kita nak wajah kita menarik tak semestinya kita kena mekap tebal2 dgn lipstik merah
menyala.cuma kita kena jaga agar wajah kita bersih,segar dan nampak natural.Nina tak suka make up tebal2 cukup dgn menjaga kebersihan muka dan touch up dgn compact powder sikit.Nina yakin ramai wanita tak boleh elak dengan pakai bedak kan.Nina pun suka wajah Nina nampak natural jer...

       Di sini nina nak share tentang product Aura Maya yang nina pakai nie.You all boleh baca tentang set Aura Maya ni dan jika you all nak cuba, boleh order dari Nina.

Harga RM 136 (termasuk Postage)

sms/whatsaap utk info/order  : 0129195604 (hp). InsyaALLAH nina akan reply ASAP.

Set baru Aura Maya dikenali MANTAINANCE SET mengandungi :
* 1 Intense Day and Night Cream (boleh digunakan siang & malam)
* 1 Antiaging & Whitening Serum (Serum Anti-penuaan & Pemutihan) –blh diguna bersama krim
siang @ pd waktu mlm saja.
* 1 sabun (sabun yg sama spt yg lama).

AURA MAYA MANTAINANCE SET - (ada krim, serum & sabun)
100% Original Natural Organik
tahan 1-2 bulan
Krim – 15 grm
Serum– 10 ml
Sabun – 30 grm

Antara kandungan bahan2 didalam AM Mantainance Set ini adalah buah2an, bunga2an,, vitamin & akar ginseng...Proses pembotolan terus dr kilang GMP...Info lanjut ttg kandungan dlm AM set baru ni akn dikeluarkn oleh pengeluar Zamaya Network nanti...insyaallah

Harga tetap SAMA spt dulu sehingga ada tambahan toner & cleanser dan perubahan harga dr pengeluar...Buat masa skrg masih harga PROMOSI...

KRIM 2 in 1 tu boleh dipakai siang @ mlm. Sblm pakai krim, titiskn SERUM sebyk 2 titisan, kmdn ratakn di seluruh muka, kmdn pakai sedikit krim dan ratakn diseluruh muka...set baru ni akn membuatkn wajah kita lebih natural n segar...:)

SERUM tu sgt menarik...antara fungsinya utk anti-penuaan dan mudah diserap di kulit muka utk membantu menutup liang2 pori yg terbuka disamping mencerahkn kulit yg kusam, insyaallah...apb diletak di tangan, kita boleh nampak kejernihan & kilauan khusus dari cecair tu...

KRIMnya pulak mempunyai tekstur yg sangat halus n baunya sgt segar & wangi...Bila dipakai kulit muka akn rasa segar, sejuk & lembut...Bila dipakai dgn bedak compact, muka nampak sekata dan tak nampak bercapuk...& tapak tangan tak perlu dicuci selepas penggunaan krim @ serum krn ia mudah diserap lembut ke kulit & tak melekit. Kulit tangan terasa lebih halus n lembut, insyaallah...


Wednesday, 12 December 2012

Musang King -Bentong

Masa ni on the way dari Gombak nak balik Kuantan.We all bertolak awal pg coz dah janji dgn agen maid nak jumpa pukul 10 am at Petronas before tol Gombak.Hubby dari awal lg set mind nak stop kat mana-mana bangsal yang berderet-deret kat karak tu.Ingat nak stop dan makan kat situ je sebab nak bawa balik, hmmmm kuat bau dalam kereta nanti,pening...
Penjual tu bgtau ada bekas untuk letak isinya saja so ok la...bau juga tapi kurang sikit.
Hubby beli 3 biji 5 kilo RM 85. Balik rumah bila makan memang rasanya sedap..nyummmy. Penjual tu bagitahu durian ni di bahagian bawah urat pangsanya "5 macam bintang"





LOST WORLD OF TAMBUN

welcome.......




Sunday, 9 December 2012

MAID oh MAID

Lama dah nina tak create something ..tak de mood...nak balik kg tak sabar rasanys sbb dah lama tak balik.tup tup bibik buat hal yg nina tak suka,dah repeat byk kali setiap mistake tu jgn diulang-ulang,tp buat perangai lg nk tarik perhatian dan nk uji tahap caring kita kt dia.huh letih...malas nak citer pasal maid ni,mcm2 dah nina rasa dan dah dekat sepuluh kes,takkan nak simpan lg bila buat kes.Nina pun manusia biasa, sabar pun ada limit juga.Hanya nina dan hubby je yg tahu dan rasa,orang lain mungkin tak rasa sekadar tengok dan nilai dalam sehari dua jer..hubby  settle hantar balik indon.sapa suka berhabis duit begitu je..asyik keluar duit je untuk kos maid.Kadang2 rasa serik juga tapi Nina sentiasa berharap dan yakin semua tu dugaan dan ALLAH duga mungkin untuk beri yang terbaik selepas ni.Nina hari2 explore kt internet cari agen agar dpt maid segera.kos dan tak kira asal tak lebih dari 13 ribu.rugi jangan tanya dah byk nina rugi utk kos maid ni...nina terima dugaan tu dan selalu cakap dengan hubby ALLAH byk duga kita dengan masalah ini, tp syukur kami masih mampu hadapi dugaan ini.Nina yakin ALLAH sayang dan tahu kemampuan hambanya setakst mana hambaNya dalam setiap dugaan.Sekarang ada maid baru dari Medan,deal pun whatsapp je dgn agen.Alhamdulillah dapat dan ambil di Gombak.Nampak ok tp perlu berhati-hati.Aduh....satu malam je, esok minta di hantar pulang ke Indon alasan susah hati dan risau.tolong......tensionnyer nina dan hubby,hubby pun dah  seminggu terganggu kerjanya,nasib nina cuti lg.Esok bangun tengok dia bersemangat je bekerja,maybe malam tadi agennya call "talk something" maybe...Harap-harap yang ini tak buat perangai pelik2 lg atau timbulkan masalah lagi.Letih...letih sangatttttt.Ya ALLAH...tolong lah Aku dan lindungilah anak-anakku.Engkau yang lebih mengetahui segalanya dan Maha penyayang.

Wednesday, 14 November 2012

Novel Adam dan Hawa..dapat juga Akhirnya...


Akhirnya dapat jugak nina baca novel ni. Dah lama cari kat beberapa bookstore tapi semua jawab dah abis stok, tengah tunggu order baru sampai...Last 2 weeks hubby pergi Putrajaya then sempat ke Sogo cari kat bookstore di sana pun takde, kat KLIA  pun takde...laku benar novel tu...Nina dgn hubby follow citer tu...anak-anak pun ikut sama..kelakar Fina bila citer tu start dia akan panggil.."Mama..Adam dan Hawai" hehe Hawa jadi Hawai...Semalam hubby ke Putrajaya di ada jengah Bookstore kat KLIA, dah ada pun, banyak pulak tu katanya so dia beli sebuah untuk nina dan staf dia kirim 2 buah. Malam tadi cuba belek-belek je dulu sinopsisnyer..Milia pun nak baca jugak so nina bagi dia baca dulu...semalam tengok dia tido lewat sikit sbb baca novel tu ... takpelah atleast dia tak boring sgt...

Saturday, 10 November 2012

My new Samsung Galaxy note


Dah seminggu lebih terdetik di hati nak beli Samsung Galaxy note, rasanya nak guna utk ambik gambar bila ada program sbb hp lama Blackberry tu screennyer kecik so rasa tak puas tengok,nak beli samsung tab or Galaxy Note 10.1 besar sangat...Nina nak yang senang di bawa dan boleh guna utk call jugak, tak lah besar sgt nak letak kat telinga"Gedabak"besar,heheh, nak pakai earphone susah nak cucuk kat telinga sebab nina pakai tudung, nak letak dalam handbag pun ishh...nina ni lasak sikit dengan handbag, main letak je, terhantuk hantuk nanti....
so detik bersejarah hari ni...Nina ajak hubby pergi survey, anak-anak tak bawa nanti diaorang bosan mula la nak buat hal, tinggal je kat bibik.survey dan tanya itu ini kat promoter tu(maklumlah susah jugak pakai yang canggih2 ni, nanti blur....so nina pilih utk beli Samsung Galaxy Note ( CeramicWhite ) sbb rasa suit dengan nina, Nina rasa Samsung Galaxy Note II lebih kurang sama je function dia cuma beza sikit-skit jer, nina pun bukan nak guna pun semua function tu..., Bila explore kat rumah..hmmmm best, puas hati...nina bukan  jenis suka-suka tukar hp tak terkejar kita dengan teknologi canggih nie...cuma biarlah kita tahu dan ikuti perkembangan semasa, tak beli pun takpe...so Nina dah ada Samsung Galaxy Note...
      Blackberry Nina yang dulu, bagi Milia jer sebab trade in pun tak jadi harga sangat...simpan buat kenangan jer...
     Hubby still setia dengan Blackberry nyer...x minat sgt katanya besar2 susah nak bawa, tu pun asyik Kakao dengan kawan-kawan Alam Shah(SAS) dia...
   

Friday, 9 November 2012

The First Picture


Jebat Nina

I love my mum...

tadi dengar ceramah motivasi yang mengusik jiwa nina,rasa sedih, insaf dan kudusnya diri ini...cerita tentang anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa, anak-anak yang lahir tidak sah taraf dan meneruskan hidup di rumah anak-anak yatim.Rasa bersyukur nina masih punya ibu dan suami serta anak-anak yang sedang membesar.Terharu dan sedih mengingatkan arwah ayah yang sudah 6 tahun meninggalkan kami dan bila teringat pengorbanan ayah membesarkan kami 5 beradik, nina jadi sangat- sangat sedih dan nina sentiasa berdoa agar Allah menempatkan arwah ayah bersama dengan orang-orang yang soleh.Aminn..., kini nina masih ada mak tp jauh nun di utara, tapi syukur pada Allah kerana along, angah, adik nasrul ada di sisi mak menemaninya menghitung hari-hari tuanya..Marilah sama-sama kita gunakan masa yang ada ini untuk mengembirakan hati mak dan berbakti serta berbuat baiklah pada mak kita, jangan lukai hatinya, sentiasa berdoa agar mak sentiasa di beri hidayah dan dilindungi oleh Allah swt pada setiap ibadahnya, tutur katanya, perlakuan dan rezekinya....Jangan sia-siakan masa yang ada ini..wahai kakak-kakakku, adik-adikku......seperti cerita Uwais Qarni yang hidupnya dihabiskan dengan menjaga dan melindungi ibunya yang buta, lumpuh dan tua. Beliau Terlalu taat pada ibunya, menyuap ibunya ketika makan dan segalanya untuk ibunya.Seorang pemuda yang miskin dan bekerja mengambil upah mengembala kambing. Seorang pemuda dan berpenyakit kudis dan sopak di seluruh tubuh. Dia sentiasa berusaha dan cuba memenuhi hajat ibunya untuk mengerjakan haji di Mekah. Pada suatu hari Uwais Qarni telah membela seekor lembu dan memelihara serta mendukung anak lembu itu berulang alik ke rumahnya sehingga diketawakan oleh orang kampung dan dikatakan gila kerana anak lembu itu boleh ditarik dengan tali tanpa perlu mendukungnya.Tanpa mempedulikan kata-kata orang, Umais Qarni tetap dengan caranya sehinggalah dia menyatakan kepada ibunya untuk membawa ibunya ke Mekah. bertanya ibunya kepada Uwais Qarni, kamu ada duit ke untuk membawanya ke Mekah, jawab Uwais Qarni, saya tidak ada wang ibu....cuma saya akan menunaikan hajat ibu...Uwais mendukung ibunya sepertimana dia mendukung anak lembu tersebut serta membawa barang-barang di belakangnya dan berjalan menuju ke Mekah dari Yaman dan mengambil masa berbulan-bulan. Di Mekah dan di hadapan Kaabah beliau berdoa pada Allah swt supaya ibunya dimasukkan ke Syurga. setelah pulang ke Yaman, ibunya bertanya tentang doa Uwais semasa di Mekah, lalu beliau menyatakan tentang doanya untuk ibunya. lalu ibunya bertanya apa doa kamu untuk diri kamu, lalu beliau menjawab tidak ada tapi semuanya untuk ibunya. Lalu ibunya menyuruhnya pergi semula ke Mekah untuk berdoa untuk dirinya sendiri dan memohon agar Allah menyembuhkan penyakitnya, disebabkan taat akan perintah ibunya beliau meminta tolong jiran untuk membantu melihat keadaan ibunya untuk beliau ke Mekah. Di hadapan Kaabah, beliau berdoa supaya Allah swt menyembuhkan penyakitnya tetapi tidak kesemuanya maka penyakitnya masih ada di bahagian belakang leher,Rasulullah S.A.W pernah menyuruh Saidina Ali r.a supaya berjumpa Uwais Qarni iaitu pemuda yang berkudis dan sopak di seluruh tubuh supaya berdoa untuknya agar diampunkan dosanya dan dimasukkan ke syurga. Maka Saidina Ali r.a mencari pemuda yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w tetapi tidak berjumpa kerana penyakitnya telah baik, tetapi ditakdirkan juga saidina Ali ternampak seorang pemuda yang berkudis di leher lalu memegang tangan dan bertanya gerangannya, maka betullah pemuda itu yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w, lalu saidina Ali r.a pun menyatakan hajatnya kepada Uwais Qarni.Betapa Allah swt menyanjung dan mengangkat darjat individu yang taat dan berbuat baik kepada ibunya seperti yang dilakukan oleh Uwais Qarni. Hajat Uwais untuk pergi berperang juga dihalang oleh Rasulullah S.A.W kerana Baginda menyarankan agar Uwais menjaga ibunya kerana pahala menjaga dan mentaati ibu sama dengan pahala jika dia pergi berperang. Sama-sama kita insafi diri kita dan jadikan kisah ini sebagai motivasi untuk kita menyayangi dan berbakti pada ibu kita....nina sayang mak....

Tuesday, 6 November 2012

next movie-


Nak tengok ...Hubby kena bawa Nina & milia tapi Amin & Arif not yet..huhuhu

Monday, 5 November 2012

my hobby

cooking.....sebenarnya dulu nina tak pandai masak langsung, tp bila nina dah kawin...nina cuba sikit sikit sebab nak masak utk hubby...lama-lama ok la...sekarang anak nina dah masuk 5 orang, so nina suka masak dan tengok diaorg makan masakan nina dengan seleranya...termasuk hubby ...Nina suka refer buku Resepi Chef Haniliza, sekarang ada pulak slot Masterchef kat Astro so lg suka tengok dan nak masak sbb hubby suka ....nina akan masak .

antara masakan yang nina suka masak
fettuchini carbonara- sikembar Amin & Arif suka sangat...termasuk yg sorang tu...hubby nina la...,

Me kuah ala Kedah- resepi mak nina bagi, kadang-kadang lupa bahan call je mak ke along tanya, hehe..hubby kata sedap

Laksa Kedah- Nina suka guna ikan kembung atau ikan "uji Rashid" ( sorry guna nama artis pulak)..yang mata besar tu...org Pantai Timur suka guna ikan selayang tp nina rasa kuah dia cam tak best jer...kurang manis

Puding Cendol- Senang je tapi kalau silap gaya lapis bawah tak bercantum dengan lapis atas.

Nasi Tomato -   Mulanya risau juga takut tak jadi tp bila cuba, ok la..jadi..

Ayam Masak Merah- selang 2 ke 3 hari nina masak sbb milia (anak sulung ) suka sangat, kalo tak dia tak  selera makan nasi , mula la makan roti sapu susu atau jem.

Fina (anak yang ke 4 ) tak memilih makanan, apa kita makan dia makan, sampai berpasang-pasang baju kena tukar bila habis makan sebab comot...ada je orang kat meja makan akan ada dia nak makan juga..


semua ni tentang myfamily, friends..etc...

i love my family...